Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd. Saad berkata, majlis tersebut merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan untuk memperkasakan hubungan silaturahim antara MBSA dan para pemegang taruhan seperti anak-anak yatim, media dan majlis perwakilan penduduk (MPP).

“Sebanyak 50 pelajar Maahad Tahfiz Darul Uloom Al Mustafa, Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh dijemput ke majlis ini.

“MBSA juga menyampaikan sumbangan kepada para pelajar terbabit iaitu duit raya berjumlah RM50 seorang,” katanya dalam majlis tersebut di sini, malam tadi.

Ahmad Zaharin memberitahu, majlis tersebut juga merupakan inisiatif MBSA untuk membantu kakitangannya yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban sepanjang bulan Ramadan.

Jelasnya lagi, sebanyak 79 warga kerja MBSA menerima sumbangan mengikut kriteria ditetapkan seperti ibu atau bapa tunggal, anak-anak istimewa, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit kronik.

“Sumbangan yang diberikan adalah melalui Tabung Majikan Prihatin MBSA bernilai RM300 untuk setiap penerima,” ujarnya.

Selain itu, dalam majlis tersebut juga MBSA meraikan rakan media bagi mengeratkan hubungan ukhuwah,” katanya. - UTUSAN ONLINE