WAN MOHD. HUSNI ABDULLAH
WAN MOHD. HUSNI ABDULLAH

Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Kebudayaan dan Gaya Hidup MBM, Wan Mohd. Husni Abdullah berkata, acara yang akan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Paroi dekat sini akan bermula pada pukul 3 petang ini.

“Orang ramai akan disajikan dengan pelbagai acara menarik selain berpeluang menyertai aktiviti yang disediakan seperti kuiz Piala Dunia, timang bola, permainan video PS4, liga penalti dan banyak lagi.

“Acara kemuncak adalah sesi menonton perlawanan akhir Piala Dunia sambil dihidangkan dengan buah durian pada malam ini dan orang ramai terutamanya golongan belia dijemput hadir memeriahkan acara ini,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, aksi perlawanan akhir Piala Dunia malam ini antara Croatia dan Perancis akan disiarkan di skrin besar untuk tontonan orang ramai.

Beliau berkata, Menteri Besar, Aminuddin Harun dijangka turut serta dalam program berkenaan. - UTUSAN ONLINE