Pada majlis itu, seramai 15 pemilik RMMJ bagi kuota awam bumiputera, Cina dan India turut menerima kunci kediaman masing-masing.

SP Setia Berhad selaku pemaju komited untuk membina sebanyak 490 unit RMMJ melibatkan 236 unit RMMJ jenis Sri Senja, dan 254 unit jenis Sri Embun dengan harga RM150,000 hingga RM206,000 seunit.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md. Jais Sarday; Ahli Dewan Undangan Negeri Tiram, Datuk Maulizan Bujang dan Pengerusi SP Setia Berhad, Tan Sri Datuk Seri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. - UTUSAN ONLINE