Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd. Fasiah Mohd Fakeh berkata, pihaknya menyatakan rasa terima kasih kepada institusi kewangan itu yang prihatin dengan keperluan masyarakat di kawasan berkenaan yang amat memerlukan kenderaan itu untuk kegunaan menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

"Dengan adanya van ini, pelbagai aktiviti mengimarahkan masjid seperti santuni saudara baru, membantu fakir miskin serta menziarahi orang sakit akan dipermudahkan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan replika kunci van serbaguna itu di masjid berkenaan, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Sungai Besar, Ramli Mohd. Ariffin dan Pengurus Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Ibnu Sina Juwaini. - UTUSAN ONLINE