Hari ini seramai 70 kanak-kanak sekitar daerah ini diraikan dalam Majlis Berkhatan BSN dan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) Bersama Asnaf yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, di sini hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pemegang  Amanah YDSM, Datuk  Mohd Fadzli Yusof. Yang turut hadir Pengarah Peniaggaan BSN Negeri, Mohammad Khasnieddy Khasimi.

Bagi menceriakan suasana, terlebih dahulu kanak-kanak menerima cenderamata dan disuap pulut kuning serta dimandikan beramai-ramai menggunakan pancuran pili bomba.

Menurut Mohd Fadzli, program ini  dapat meringankan bebanan ibu bapa terutama dalam golongan asnaf bagi mengkhatankan anak mereka.

Majlis berkhatan BSN ini merupakan tahun kelima diadakan, dan Terengganu dipilih pada tahun ini.

Kos berkhatan untuk anak-anak asnaf sebahagian besarnya dibiayai dengan menggunakan wang wakalah zakat daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan juga sumbangan daripada kakitangan BSN. -UTUSAN ONLINE