Dalam lawatan itu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Mohd. Nazim Mohd. Noor memberikan bantuan wang kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selaku urusetia PP.

Beliau berkata, sumbangan itu untuk kegunaan membeli makanan dan barang keperluan mangsa.

Lawatan MAIPs bermula di PP Sekolah Kebangsaan ( SK) Panggau yang menempatkan 113 mangsa daripada 35 keluarga dari kawasan Bintong dan Kangar.

MAIPs juga turut melawat PP SK Bintong yang menempatkan 258 mangsa dari 66 keluarga yang tinggal di kawasan Bintong.

Dituruti lawatan ke PP Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, PP Belat Batu, PP Titi Tinggi dan PP SK Batu Bertangkup. - UTUSAN ONLINE