Pada majlis sama, sumbangan berjumlah RM5,000 disampaikan Pengerusi/Ketua Pertubuhan Bukan Kerajaan Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican kepada Pengerusi maahad ber­kenaan, Datuk Mustapa Othman.

Dalam ucapannya, Mustapha menyeru semua pusat tahfiz mengikut perkembangan semasa khususnya berkaitan sistem pendidikan dan pengurusan terkini serta moden bagi menjamin masa depan pelajar terlibat.

“Diharapkan lebih banyak pusat tahfiz mendaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam bagi memastikan penubuhannya benar-benar menepati syarat termasuk dari segi keselamatan,” katanya.

Dalam masa sama, Mustapha turut menyeru individu dan syarikat-syarikat swasta agar tampil membantu pusat-pusat tahfiz bagi meneruskan operasinya dengan lebih baik.