Pengerusi penganjur, Rasman Ithnain yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili berkata, program yang bermula semalam itu berjaya menarik lebih 2,000 pengunjung hingga hari ini.

“Justeru, berdasarkan sambutan yang memberangsangkan dan meriah daripada peserta serta pengunjung itu, kita merancang untuk menjadikan program tersebut sebagai acara tahunan,” katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Tourism Johor, Abdul Malik Ismail dan Presiden Kelab VW Classickers Johor Bahru, Muhd. Syahmi Abdullah.

Rasman berkata, program itu turut disertai pemilik kereta klasik dari Thailand, Vietnam, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Katanya, acara santai itu merupakan anjuran Pejabat ADUN Sedili bersama Kelab VW Classickers Johor Bahru dan Kota Tinggi dengan kerjasama Tourism Johor, Kejora, Pejabat Daerah Kota Tinggi, Majlis Daerah Kota Tinggi, Majlis Belia Felda Malaysia dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi.

“Pelbagai aktiviti dianjurkan seperti

pertunjukan vespa gerak lambat, sukaneka dan pertandingan mewarna, pertandingan 'Best Swap Meet Camp' dan acara 'car boot sale' yang menjual barangan berkaitan kereta Volkswagen oleh pemilik kereta,” katanya. - UTUSAN ONLINE