Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lebih 150 warga IPD Shah Alam gotong-royong sempurnakan ibadah korban

Raya Haji
Antara warga IPD Shah Alam bergotong-royong melapah lembu sempena ibadah korban di IPD Shah Alam, pagi ini.

SHAH ALAM 2 Sept. - Lebih 150 warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam hari ini bergotong-royong menyempurnakan ibadah korban sempena Aidiladha. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, sebanyak 11 ekor lembu dikorbankan dalam melaksanakan ibadah itu yang mana daging ternakan tersebut akan diagih-agihkan kepada golongan yang memerlukan di sekitar Shah Alam dan Klang temasuklah rumah anak-anak yatim.

"Program ini kita adakan setiap tahun yang mana ibadah korban merupakan satu tuntutan dalam Islam.

"Selain itu, gotong-royong yang diadakan ini dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara anggota IPD Shah Alam serta masyarakat sekitar," ujarnya.

Tambah Shafien, gotong-royong itu bermula pukul 8.30 pagi ini. - UTUSAN ONLINE.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain