Lebih ceria adalah kehadiran lebih 30 kakitangan Kumpulan Utusan dari pelbagai jabatan di ibu pejabat Kuala Lumpur yang teruja meraikan tetamu dalam majlis istimewa itu.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd. Noordin Abbas; Timbalan Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad dan Pengarah Yayasan Kumpulan Utusan, Datuk Dr. A. Ganesan.

Dalam yang dinamakan Santuni Maahad Tahfiz Darul Mustafa itu warga pusat tahfiz berkenaan serta jemputan berpeluang melakukan pelbagai aktiviti termasuk mengacau dodol dan rendang untuk juadah jamuan hari raya yang akan bermula 9 malam ini.

Menurut Mohd. Noordin Abbas, Kumpulan Utusan melalui yayasan itu komited dalam membantu pusat-pusat tahfiz tanpa mengira sempadan politik.

“Kegembiraan pelajar-pelajar pusat pengajian ini jelas terpancar dan dikongsi bersama penduduk setempat dan kakitangan Kumpulan Utusan,” katanya.

Mudir Maahad Tahfiz Darul Mustafa Shuzaimee Aidi Samsudin berkata, kedatangan Kumpulan Utusan ke pusat tahfiz tersebut menceriakan semua pelajar yang rata-rata masih dalam mood raya.

“Majlis seumpama ini akan dikenang oleh pelajar dan warga pendidik pusat tahfiz ini. Belum pernah lagi sebelum ini majlis seumpama ini diadakan,” katanya kepada Utusan Malaysia. - UTUSAN ONLINE