Mereka yang terdiri daripada 37 pelajar perempuan dan 23 lelaki menerima cenderahati yang disampaikan oleh wakil Yayasan Kumpulan Utusan, Iskandar Sani Melan Abdullah.

Sumbangan itu cukup dihargai Pengetua Madrasah Hashimiah, Hashim Kassim yang menganggapnya sebagai satu pemangkin semangat buat para pelajar untuk meneruskan pembelajaran mereka.

“Terdapat kira-kira 220 pelajar di madrasah ini dengan 60 hingga 70 orang adalah anak yatim dan kebanyakannya terdiri daripada keluarga susah. Justeru, kami memberi peluang kepada mereka untuk belajar secara percuma.

“Alhamdulillah dengan sumbangan ini, kami sangat berte­rima kasih kepada pihak Utusan dan diharapkan ia dijadikan satu semangat kepada pelajar pada masa akan datang,” katanya.

Madrasah Hashimiah merupakan salah sebuah sekolah yang menyediakan pendidikan formal kepada anak-anak pelarian ­Rohingya akibat daripada penindasan tentera di Myanmar.

Madrasah yang sudah berusia 17 tahun itu bukan sahaja menekankan bidang agama dan akademik malah turut mendedahkan bahasa Myanmar sebagai bahasa ibunda mereka.