Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Konsert Munajat bantu etnik Rohingya

Rohingya
Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Melayu, Datuk Mohd Noordin Abbas (kanan) bersama Timbalan Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan (tengah) dan Pengarah Urusan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Mohd Khair Ngadiron ketika menyampaikan puisi pada Konsert Munajat Untuk Rohingya di Istana Budaya di sini hari ini.-UTUSAN/Roy Azis Abd. Aziz

KUALA LUMPUR 30 April - Lebih 300 orang hadir ke Konsert Munajat Untuk Rohingya: Sepasang Tangan Berdoa anjuran bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Utusan Melayu (M) Berhad (Utusan Melayu) yang diadakan malam ini bertujuan mengumpul dana bagi membantu etnik Rohingya yang tertindas di tanah air mereka.

Konsert yang turut mendapat sokongan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Istana Budaya dan Persatuan Penulis Nasional (Pena) itu diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya di sini.

Semua hasil kutipan tiket berharga RM20 dan RM10 untuk pelajar itu akan diserahkan kepada Utusan Melayu untuk mengisi Tabung Rohingya Utusan-Tabung Haji bagi disalurkan kepada etnik minoriti Rohingya bertujuan mengurangkan penderitaan dan kesengsaraan akibat ditekan oleh kerajaan Myanmar.

Konsert tersebut turut dijayakan oleh artis-arti jemputan dan penyair-penyair terkenal seperti Nash, Dr. Lim Swee Tin, Khalid Salleh, Adiwangsa Sukma, Saidin Omar, Roslee Mansor, Nadia Fauzi, Shukri Abdullah, Dr. Shamsudin Othman, Datuk Ibrahim Ghafar dan Zaen Kasturi.

Selain itu Sani Sudin, Shahrin, Arjunasukma, Juhairee COV, Aya Rohaya, Melor Shamsazila, Izmer Khasbullah, Faiz Aziz, Khairil Kamarudin, Shukri Sahari, Syamil serta Intracksee & USIM Buskers turut sama memeriahkan konsert berkenaan.

Program diisi dengan bacaan dan nyanyian puisi, monolog kemanusiaan, nasyid dan puisi berkonsepkan kerohanian dan santai sebagai menyampaikan rasa sedih dan keprihatinan terhadap masyarakat Rohingya.

Lebih menarik, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) USIM, Profesor Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan; Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas dan Pengarah Urusan Institut ITBM, Mohd. Khair Ngadiron secara bersama mendeklamasi puisi bertajuk Sepasang Tangan Rohingya.

Mengulas mengenai konsert itu, Hassan Basri berkata, USIM berbesar hati untuk terlibat dalam penganjuran sebagai tanda prihatin universiti itu terhadap nasib masyarakat Islam Rohingya.

“Kami prihatin terhadap nasib yang menimpa masyarakat Rohingya dan akan terus menyokong usaha membantu mereka. Malah di USIM sendiri, kutipan turut dilaksanakan bagi menyumbang kepada tabung yang disediakan untuk membantu etnik Rohingya.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Utusan Melayu, ITBM serta Istana Budaya yang menyokong penganjuran konsert ini,” katanya kepada pemberita sebelum berlangsung konsert itu.

Yang turut hadir ialah Timbalan Pengarah Artistik Istana Budaya, Zaiton Md. Desa. - UTUSAN ONLINE

 

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain