Naib Dipertua PKKM Selangor, Azwan Maat berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tersebut merupakan platform pihaknya dalam me­nyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan khususnya dalam aspek pembangunan.

“Program ini bertujuan menaiktaraf kehidupan masyarakat Orang Asli ke arah yang lebih sempurna dan merupakan acara tahunan PKMM dalam meringankan beban mereka sekali gus dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa seperti orang lain.

“Program ini melibatkan kerja-kerja membaik pulih seperti mengecat dewan serbaguna, menaiktaraf surau Orang Asli Al-Hidayah serta kerja-kerja pembersihan kawasan kampung,” katanya.

Program anjuran Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan Kementerian Kerja Raya dengan kerjasama PKMM Selangor itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan kementerian, Zureen Zubir.

Dalam majlis berkenaan sebanyak 20 keluarga turut menerima bantuan barangan keperluan harian seperti beras, gula dan minyak yang bernilai RM100.

Sebanyak RM10,000 diperuntukkan untuk tujuan program CSR berkenaan yang diperoleh hasil sumbangan dana pelbagai pihak khususnya anggota kerja komuniti PKMM - UTUSAN ONLINE