Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, statistik tersebut menurun berbanding tempoh yang sama tahun lalu dengan 4,524 kes dan mencatatkan 14 kematian.

“Jumlah ini menunjukkan pengurangan kes demam denggi sebanyak 1,414 atau 31 peratus dan pengurangan bilangan kematian sebanyak tujuh kes atau 50 peratus.

“Walaupun Johor menunjukkan prestasi yang baik dalam menurunkan kes dan kematian denggi, masalah jangkitan denggi dalam kalangan penduduk negeri ini masih lagi merupakan beban penyakit berjangkit yang paling utama dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Sambutan Hari Denggi ASEAN 2018 Peringkat Negeri Johor di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Selahuddeen Abd. Aziz dan Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Bahagian Kesihatan Awam), Dr. Shaharom Azian Che Mat Din. - UTUSAN ONLINE