Ujarnya, menerusi kempen itu beliau memohon sumbangan daripada orang ramai untuk mengumpulkan sebanyak RM101,500 bagi membeli kasut tersebut.

"Saya kerap ternampak pelajar memakai kasut yang sudah koyak setiap kali melawat sekolah. Ini mendorong saya mengadakan kempen ini supaya mereka mendapat sekurang-kurang sepasang kasut baharu untuk sesi persekolahan akan datang.

"Kasut-kasut tersebut akan disumbangkan kepada pelajar dari keluarga kurang berkemampuan dari semua lapisan masyarakat dan akan melibatkan pelajar di 62 sekolah di sekitar Seremban," katanya semasa melancarkan kempen itu, di sini hari ini.

Sin Woon berkata, pelajar yang terpilih kebanyakannya dari keluarga penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bakal mendapat kasut sekolah itu pada 30 Disember nanti.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi talian 06-7648333 dan 06-7606220 atau menyalurkan sumbangan melalui akaun Public Bank (3200530718) atas nama Pertubuhan Budaya Kreatif dan Pendidikan. - UTUSAN ONLINE