Dinamakan Kanak-kanak Palestin Pergi Ke Sekolah, kempen berkenaan disasarkan bagi membantu kira-kira 300,000 kanak-kanak Palestin yang akan memulakan sesi persekolahan September ini.

Presiden Yayasan Al-Quds Malaysia, Dr. Sharif Amin Abushammala berkata, selain barangan persekolahan, dana juga diperlukan bagi membaiki infrastruktur sekolah yang kerap terjejas akibat serangan rejim Zionis.

“Bantuan juga disalurkan kepada guru yang sering menjadi sasaran pihak Israel bagi menghalang mereka pergi ke sekolah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Sympathy, Abdullah Abdul Hamid berkata, hampir RM68 juta diperlukan bagi menyedia keperluan pendidikan kepada kanak-kanak Palestin.

“Kami akan bekerjasama dengan semua pihak, sama ada kerajaan mahupun swasta, institusi atau individu bagi mengumpul dana ini,” katanya.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Sympathy di talian 03-77346880. - UTUSAN ONLINE