Begitulah juga bagi Hamzah Jusoh, 67, seorang peneroka Felda Kerteh 5 di sini yang bersendirian selepas kematian isterinya dua tahun lalu, kembali menjadi pengantin baharu kelmarin.

Hamzah yang memilih pasangannya Zubaidah Ahmad, 54, diraikan oleh Kelab Warga Emas (KWE) Dewan Undangan Negeri Kemasik  dalam majlis persandingan semalam di bangunan Persatuan Belia Kampung Telaga Papan Kerteh.

Walaupun dalam keadaan hujan lebat, majlis berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran anggota keluarga, saudara mara dan rakan pengantin kedua belah pihak.

Setiausaha KWE, Che Mat Nor Abd. Llah memberitahu, Hamzah mempunyai seorang anak dan dua orang cucu sementara Zubaidah yang berpisah dengan suaminya sejak 13 tahun lalu berasal dari Santong, Paka, Dungun mempunyai lima orang anak dan 12 orang cucu.

"Hamzah merupakan Pengerusi Biro Agama KWE, mengenali Zubaidah sejak dua tahun lalu, mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga setelah berbincang dengan anak-anak dan rakan-rakan dalam KWE.

Menurut Che Mat Nor, segala persiapan perkahwinan pasangan warga emas tersebut diuruskan oleh KWE.

"Kita juga bersedia membantu mana mana warga emas yang ingin mendirikan rumah tangga dengan memberi khidmat kaunseling terlebih dahulu sehinggalah ke jinjang pelamin, "katanya. - UTUSAN ONLINE