Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Keluarga Mohd. Noh perlu bantuan

MOHD. Noh (duduk ) menerima kunjungan Mohd. Azahar Ibrahim (tiga
MOHD. NOH (duduk ) menerima kunjungan Mohd. Azahar Ibrahim (tiga dari kanan) di Kampung Air Panas, Labis, Johor, baru-baru ini.

LABIS 30 April – Penderitaan seorang bapa di Kampung Air Panas, dekat sini yang hilang upaya berjalan selepas menghidap pe­nyakit saraf mendapat perhatian UMNO Bahagian Labis.

Mohd. Noh Alias, 55, yang me­ngalami kesukaran untuk ber­jalan apabila deria rasa kaki­nya kian menurun sejak setahun lalu, disahkan oleh doktor me­ngalami masalah saraf semakin parah dan sejak dua minggu lalu tidak lagi mampu bergerak.

“Sebelum ini, walaupun me­ngalami kesukaran untuk ber­ja­­lan, namun saya kuatkan sema­ngat untuk menguruskan anak-anak termasuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah kerana isteri bekerja sebagai pembantu kedai di pekan Labis.

“Sejak saya tidak boleh berdiri dan berjalan dua minggu lalu, segala urusan rumah kini dibahu isteri sehingga mengganggu kerjanya yang menjadi sumber untuk menyara keluarga sejak saya sakit,” katanya semasa menerima kunjungan Ketua UMNO Bahagian Labis, Mohd. Azahar Ibrahim, baru-baru ini.

Menurut bapa kepada enam anak berusia antara lima bulan hingga 10 tahun itu, selain terpaksa mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga, isterinya, Rukiah Zakaria, 35, turut menguruskan keperluannya termasuk mengangkatnya untuk ke bilik air.

Dalam pada itu, Rukiah kini terpaksa bercuti untuk sementara waktu bagi menguruskan keluarga dan keadaan itu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap pendapatannya.

Dia mengakui belum membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Baitulmal kerana ti­dak memahami prosedur dan cara membuat permohonan.

“Sebelum ini, suami saya walaupun tidak sihat, masih berusaha untuk berkebun seperti menanam pisang sebagai punca pendapatan keluarga selain hasil gaji saya beker­ja sebagai pembantu kedai.

“Namun selepas dia tidak boleh berjalan, kami bukan sahaja kehilangan pendapatan dari­pada usahanya, malah pendapatan saya turut terjejas,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Azahar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang mengakui keluarga tersebut memerlukan bantuan terutamanya untuk perbelanjaan sekolah anak-anak mereka.

“Saya akan memanjangkan masalah yang dihadapi oleh keluarga ini kepada pihak berkenaan bagi membolehkan mereka menerima bantuan yang sepatutnya.

“Selain itu saya juga akan meminta pihak yang berkaitan seperti JKM dan Baitulmal untuk memberi perhatian serta mempercepatkan proses kelulusan permohonan mereka nanti,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain