Misi yang turut mendapat kerjasama Yayasan Kumpulan Utusan, Tesco serta Yayasan Minda itu akan dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah di Tesco Mergong, esok.

Eksekutif Pengurusan Jenama Utusan Melayu (M) Bhd., Abdul Rahman Razali berkata, pelbagai aktiviti telah diatur dalam program bermula pukul 2.45 petang iaitu tayangan video, persembahan oleh anak-anak Rohingya serta penglibatan artis, Sufie Rashid dan Hafidz Rushdi.

“Program tersebut berlangsung sehingga pukul 7 petang dengan para pengunjung boleh menyampaikan sumbangan 
masing-masing untuk diserahkan kepada masyarakat Rohingya,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Bashah dalam satu kenyataan memuji langkah yang diambil semua pihak terlibat dengan 
menyifatkan mereka sebagai pejuang sejati.

“Saya katakan begitu kerana anda me­rupakan pejuang yang membantu mengatasi segala perbezaan termasuk sempadan negara, warna kulit dan latar belakang demi membela golongan tertindas,” katanya.