Di bawah program Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bersama Masyarakat, mereka berbasikal dari pekarangan IPD menuju Jeram Penitih, Seri Bandi, Kijal.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Said Ibrahim yang menyempurnakan pelepasan memberitahu, program itu sebahagian daripada pendekatan merapatkan perhubungan dengan segenap lapisan masyarakat.

Kayuhan in diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (KBSPT) IPD , Pemangku Asissten Superintendan Zul Ilham Abdul Rahim.

Sepanjang kayuhan, mereka akan singgah di Kawasan Rekreasi dan Zoo Majlis Perbandaran Kemaman, Bukit Takal dan Pondok Polis Seri Bandi.

"Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program ini termasuk cabutan bertuah dan taklimat Volunteer Smartphone Patrol (VSP) kepada peserta," ujarnya. - UTUSAN ONLINE