AZHAR AHMAD (TEMBAKAU)
AZHAR AHMAD (TEMBAKAU)

Allahyarham yang terkenal dengan nama pena Tembakau meninggal dunia pada 10 pagi di Hospital Kuala Lumpur.

Azhar dimasukkan ke wad rawatan rapi hospital berkenaan minggu lepas setelah mengalami serangan jantung.

Menurut sahabat beliau, Alwi Mohd. Yunus, Allahyarham meningkalkan seorang balu dan tiga orang anak.

“Pihak Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah (SMKASAS) kini sedang menguruskan penghantaran pulang jenazah Azhar ke kampung halamannya di Padang Rengas, Perak untuk dikebumikan.

“Pemergian allahyarham adalah satu perkara yang mengejutkan dan kehilangan besar buat kami kerana beliau merupakan inspirasi besar buat rakan-rakan dan adik-adik sesekolahnya di SMKASAS,” kata Yang Di Pertua Alumni SMKASAS berkenaan ketika dihubungi Utusan Online. - UTUSAN ONLINE