Pegawai Daerah Johor Bahru, Rofiki A. Samsudin yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha JCorp selari dengan hasrat kerajaan membina masyarakat yang harmoni, sejahtera dan muafakat. 

"Program seperti ini bertepatan dengan strategi Lautan Biru yang melibatkan pelbagai agensi dengan penggunaan kos yang minimum. 

"Kerajaan negeri juga berhasrat menjadikan program ini sebagai salah satu platform dalam mendidik generasi muda untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan," katanya semasa merasmikan program tersebut sebentar tadi. 

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim. - UTUSAN ONLINE