Imam masjid tersebut, Zulhasnan Abdullah berkata, selepas kematian imam tua yang juga guru agama, Allhahyarham Ahmad Ridhwan Mohd. Noor sejak dua tahun lalu, masjid tersebut seolah-olah hilang keceriaan berikutan kehadiran jemaah berkurangan berbanding sebelumnya.

 "Walaupun hanya sebuah masjid kecil dan terletak di dalam kampung, suatu ketika dulu masjid ini ceria dengan pelbagai aktiviti keagamaan termasuk mentelaah kitab serta belajar al-Quran.

 "Tetapi sejak kematian imam dan guru agama di sini ia kelihatan agak sepi walaupun aktiviti keagamaan tetap diteruskan di masjid ini.

 "Jadi kita ambil inisiatif menganjurkan majlis ini untuk mengembalikan semula keceriaan masjid dengan menjemput ahli kariah masjid serta penduduk sekitar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Zulhasnan, dia berharap majlis tersebut akan menjadi penghubung bagi melestarikan syiar Islam sebagaimana sebelumnya.

 "Masjid ini boleh diimarahkan kerana ada beberapa orang anak murid arwah yang sedia berkhidmat menggantikan tugas arwah mengajar mengaji al-Quran.

 "Selain itu majlis tazkirah atau kuliah Maghrib juga masih berjalan seperti biasa di masjid ini," katanya. - UTUSAN ONLINE