Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Mohd Shafei Abdullah berkata, program jualan di Flat Sri Kedah itu akan menawarkan produk-produk keperluan dapur seperti ayam segar, minyak masak, gula, tepung, beras,sayur dan sebagainya.

Katanya, program berkenaan adalah julung kali diadakan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Kita juga merancang untuk menjual ikan-ikan segar dengan harga murah terdiri daripada ikan kembung, selar. cencaru, ikan sardin dan banyak lagi.

Jualan ini dijalankan bukan untuk mencari untung, sebaliknya untuk keperluan masyarakat golongan pertengahan dan rendah di Parlimen Wangsa Maju," katanya kepada pemberita di Kompleks Yayasan Wangsa Perdana, di sini hari ini.

Penduduk Wangsa Maju kini lebih 300,000 orang dengan 61 peratus daripadanya adalah Melayu. - UTUSAN ONLINE