Timbalan Pengarah JSPT (Kepolisan Am), Asisten Komisioner Md. Dali Wahid berkata, pengedaran bungkusan tersebut adalah sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Pencegahan Jenayah sebagai satu daripada mendekatkan lagi polis dengan masyarakat setempat.

Menurutnya, kempen itu merupakan acara tahunan yang dibuat sebagai kesinambungan kepada Op Selamat yang akan dilancarkan pada 7 Jun nanti.

“Ini adalah satu daripada usaha kami untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dan juga jenayah pecah rumah semasa musim perayaan.

“Seperti mana yang kita tahu, kadar kemalangan jalan raya dan kemalangan maut meningkat dari masa ke semasa. Jadi ini adalah usaha kami dengan memberi kesedaran kepada masyarakat setempat,” katanya selepas mengedarkan bungkusan tersebut.

Tambah Md. Dali, pihaknya juga mengadakan program berbuka puasa dengan masyarakat setempat di masjid tersebut. - UTUSAN ONLINE