Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang berkata ketika dijumpai kanak-kanak itu dianggarkan berusia 1 hingga 2 tahun dan memakai baju Melayu berwarna biru.

"Kanak-kanak itu telah tiga tahun berada dalam jagaan JKM dan hingga hari ini tiada waris atau saudara-mara yang datang melawat kanak-kanak berkenaan," katanya di sini hari ini.

Katanya sehubungan itu, pihaknya meminta ibu kandung atau saudara-mara kepada kanak-kanak itu tampil untuk menuntutnya dan diminta berhubung dengan Pegawai Pelindung Kanak-Kanak JKM Daerah Timur Laut Rossilawati Aminudin di talian 04-2277413 atau 04-2277412. - BERNAMA