SHAHANIZA SHAMSUDDIN

Beliau berkata, perbincangan dengan kaunselor penting bagi memastikan apa juga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik.

“Dia boleh bertemu de­ngan kaunselor JKM untuk bercerita dan berkongsi apa masalah sebenar,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan pertemuan dengan barisan pegawai kanan Bernama di Wisma Bernama di sini hari ini.

Mangsa yang kini masih di­rawat di Hospital Tengku Ampu­an Afzan, Kuantan dikatakan dirantai pada tong gas oleh bapa tirinya yang merupakan seorang anggota tentera kerana pulang lewat.

Akhbar turut melaporkan, ibu kanak-kanak itu berada dalam ketakutan kerana dikecam anggota masyarakat akibat kes berkenaan sehingga enggan keluar dari rumahnya selepas dibebaskan daripada tahanan reman.

Bagi meredakan isu itu, Sha­­­haniza me­min­­ta anggota masyarakat su­­­paya tidak mengganggu ke­­luarga ber­ke­­naan dan menye­rahkan kepada pihak polis untuk mene­ruskan siasatan­.

“Ini kerana kita tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Walaupun betul kita jumpa anak itu dirantai leher­nya, tetapi biarlah mah­kamah yang menentukannya nanti.

“Mungkin ibu ini dia nak keluar rumah jenguk anak-anak. Kalau kita pandang serong, kita mengecam mungkin akan mencetuskan masalah lain nanti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahaniza berkata, lawatannya ke Bernama antara lain untuk berbincang kerjasama yang boleh dilaksanakan antara kerajaan negeri dan agensi berita itu.

“Kita berbincang serba se­dikit tentang ker­­­­­jasama yang boleh kita laksa­nakan untuk high­light apa-apa aktiviti yang berkaitan supaya masyarakat dapat mengetahui lebih banyak agenda atau aktiviti kerajaan yang lebih tepat dan pantas,” katanya. – BERNAMA