Dalam majlis itu, guru SJK (C) Chung Hwa Kuala Lumpur, Faridah Mohd. Jamaludin (tiga dari kiri) turut memenangi hadiah cabutan nombor bertuah berupa sebuah motosikal.

Seramai lapan orang guru lagi memenangi pelbagai jenis hadiah dalam kempen keahlian baharu YGMB sempena sambutan Hari Guru tahun ini di Johor Bahru lalu. Setakat ini lebih 100,000 guru telah menjadi ahli YGMB.

Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengerusi YGMB, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom (empat dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif yayasan itu, Datuk Wan Munadi Wan Mamat (lima dari kiri).

Majlis turut meraikan bekas Timbalan Pengerusi YGMB, Datuk Hassan Hashim dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGMB, Datuk Abdullah Mad Yunus yang tamat berkhidmat tahun lalu. - UTUSAN ONLINE