Pengurusnya, Muhammad Aizad Shamsuddin berkata, penganjuran kali pertama program itu dilihat mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan semua pihak.

Menurutnya, daripada jumlah itu, masing-masing 300 bungkus adalah bubur lambuk ayam dan daging telah diagihkan dalam tempoh kurang 30 minit.

“Persiapan membuat bubur lambuk ini dilakukan sejak pukul 10 pagi. Kira-kira pukul 2 petang, kita telah membuka khemah khas dan mengedarkan bubur lambuk kepada pelanggan hadir.

“Kita amat terharu dengan sambutan menggalakkan apabila kurang 30 minit semua edaran bubur lambuk telah habis,” katanya ketika ditemui dalam majlis Bubur Lambuk Jakel bersama Adabi di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengarah Urusan Jakel Sabah, Mohd. Amran Mohd. Nor.

Muhammad Aizad berkata, acara tersebut akan dijadikan program tahunan sekali gus bakal menambahkan jumlah bungkusan edaran bubur lambuk.

“Melihat kepada sambutan yang menggalakkan itu, pihak kami bercadang untuk meneruskan program ini pada tahun akan datang,” katanya.

Sementara itu, tambahnya, Jakel turut menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus bagi semua pakaian untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

“Promosi istimewa itu dapat dinikmati para pelanggan bermula 16 Mei lalu sehingga 13 Jun depan,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE