Malah, ibu bapa juga kurang mengambil berat tentang perkara berkenaan dengan anak-anak mereka kerana bimbang jika perkara itu dipersoal akan mengundang rasa kurang selesa.

Pun begitu, menurut pengasas dan Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan PrimaNora, Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana penjagaan vagina perlu menjadi antara topik kesihatan yang rutin buat seluruh keluarga membincangkannya demi kebaikan bersama.

Jelasnya, seusia bayi lagi, penjagaan vagina harus ditekankan kepada anak-anak. Ibu bapa perlu memastikan kawasan vagina bayi sentiasa bersih dan bebas daripada kulat mahupun sebarang jangkitan bakteria.

“Apabila meningkat dewasa, ibu bapa perlu menggunakan kaedah yang berbeza sama ada berkongsi maklumat dengan secara lebih santai. Misalnya, meletakkan alat pembersih vagina di dalam bilik air dan jika mereka bertanya, ibu bapa perlu menerangkan dengan betul.

“Memang bercakap pasal tentang alat kelamin amat sensitif dan memalukan, tetapi ia sepatutnya dilihat sebagai perbualan harian yang bagi membolehkan mereka faham tentang kepentingan penjagaan kawasan berkenaan terutama apabila meningkat dewasa.

“Didik mereka menggunakan pencuci kebersihan yang mempunyai bahan sesuai untuk kawasan itu, selain mengekalkan penggunaan pH yang betul. Lazimnya golongan ibu adalah individu yang tepat untuk berbuat demikian,” katanya yang memahami topik berkenaan juga cabaran buat ibu bapa untuk mendidik anak-anak.

Jelas Dr. Nor Ashikin, vagina adalah satu sistem terbuka yang mudah diserang jangkitan bakteria, tambahan pula faktor-faktor lain seperti persekitaran kawasan vagina yang lembap, panas, tertutup serta tidak dicuci dengan baik memangkinkan pembiakan kulat.

Apa yang dibimbangkan adalah faktor berkenaan boleh membawa kepada jangkitan kuman yang lebih serius seperti human papillomavirus (HPV) yang menjadi penyebab kepada kanser.

Tambah Dr. Nor Ashikin, vagina yang sihat bergantung kepada tiga perkara, iaitu flora bakteria yang sihat, kandungan epitelium glikogen serta nilai pH yang betul iaitu dalam lingkungan antara pH3.5 hingga pH4.5.

“Keadaan vagina yang sihat akan merembeskan cecair yang jernih hingga putih, tidak berbau dan kelikatan yang tinggi serta flora bakteria didominasi lactobacilli (bakteria baik), manakala persekitaran berasid akan mengundang keaktifan bakteria jahat.

“Mengikut kajian, tiga daripada empat wanita dikesan pernah mengalami masalah vagina gatal, berbau dan mengeluarkan lendir sama ada jenis berjangkit atau tidak berjangkit,” ujarnya.

Bagi mengelakkan masalah vagina, pengambilan makanan harus dijaga terutama melibatkan pengambilan makanan ringan, makanan segera serta berlebihan bahan kimia atau suntikan hormon.

Ujarnya, ibu bapa dinasihatkan memberi makanan berkhasiat kepada anak-anak seperti sayuran dan daging organik selain mengelakkan makanan yang mengandungi bahan kimia yang tinggi.

“Makanan segera sangat banyak penggunaan bahan kimia seperti pengawet, penstabil makanan, pewarna, malah penggunaan kimia tersebut akan mengganggu penghasilan hormon yang akan menyebabkan keradangan,” jelasnya.

Ibu bapa dialu-alukan menghantar gambar-gambar swafoto anak-anak berusia bawah 10 tahun ke ruangan ini. Hantarkan ke Instagram: rona.utusanmalaysia atau Facebook: Rona Wanita Utusan Malaysia atau e-mel [email protected]

 

Membersih bahagian intim dengan selamat

Penjagaan bahagian intim tidak sama dengan penjagaan anggota tubuh badan yang lain kerana ia memerlukan penjagaan lebih rapi memandangkan kawasan berkenaan sangat sensitif dan mudah terdedah dengan risiko penyakit.

Pun begitu, mengikut kajian, menunjukkan lebih 50 peratus wanita menggunakan sabun mandi biasa untuk mencuci bahagian intim yang mengandungi wangian serta bahan kimia berlebihan sehingga menjejaskan keseimbangan bakteria baik dan pH.

Lazimnya, wanita berbuat demikian kerana kurang maklumat tentang penjagaan bahagian intim selain selesa menggunakan hanya satu produk untuk kegunaan seluruh badan.

Justeru, sebelum membeli pencuci bahagian intim, tiga perkara yang harus dititikberatkan iaitu adakah pencuci mempunyai antioksida serta pelembap, sesuai untuk keperluan kulit mahupun mempunyai bau neutral yang efektif.

Antara produk yang menyediakan keperluan berkenaan ialah Betadine Daily Feminine Wash Foam dan Daily Feminine Liquid Wash dicipta khas untuk melengkapi kegunaan kebersihan dalaman wanita.