Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jaga kebersihan bazar Ramadan

kebersihan-bazar
ABDUL Fattah Mahmood (dua dari kanan) menerima cenderahati daripada Pengurus Jualan Nasional Unilever Food Solution, Eric Chong (kiri) pada Program Chefmanship Akademi dan Taklimat Pengendalian Makanan kepada Penjaja & Peniaga Bulan Ramadan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

KOTA BHARU 11 Mei - Peniaga bazar Ramadan di seluruh negeri ini digesa menjaga kebersihan dalam pengendalian makanan serta pengurusan sisa dan lebihan makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, pihaknya akan membuat pemantuan bagi memastikan kebersihan di bazar Ramadan dapat dipertingkatkan.

“Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga akan membuat penambahbaikan untuk tapak bazar Ramadan tahun ini untuk keselesaan bersama.

“Kita akan mengambil perhatian dari sudut pemasangan khemah kerana keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Chefmanship Akademi dan Taklimat Pengendalian Makanan kepada Penjaja & Peniaga Bulan Ramadan 1438H/2017 di dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua MPKB-BRI, Datuk Zamri Ismail dan Pengurus Jualan Nasional Unilever Food Solution, Eric Chong. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain