Program yang melibatkan kanak-kanak yang tidak berkemampuan dan kurang upaya itu diadakan bertujuan membantu meringankan perbelanjaan mereka ketika pembukaan sesi persekolahan yang bermula pada Selasa ini.

Setiausaha Bilik Gerakan Islamic Relief Malaysia, Nor Hayati Abd. Wahab berkata, mereka yang terpilih adalah dari jajahan inj dan Rantau Panjang.

Katanya, antara barangan disumbangkan ialah baju, beg dan kasut sekolah.

"Kami berharap sumbangan ini dapat memberi semangat kepada kanak-kanak dalam melahirkan modal insan cemerlang yang mampu mengisi pembangunan negara ke tahap lebih baik pada masa depan.

"Kami juga berterima kasih kepada pihak Mydin tampil bersama membantu dalam memberi cenderahati kepada kanak-kanak," katanya ketika ditemui, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Pegawai Khidmat Pelanggan McDonald’s negeri ini, Nurul Wahida Harun. - UTUSAN ONLINE