Presidennya, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, pengambilan IPD Ampang Jaya sebagai IPD angkat itu adalah kerjasama berterusan pihak POKB dalam memberikan sumbangan kepada anggota serta pegawai polis.

“Untuk itu juga, kami menye­rahkan 800 kad keahlian bersekutu POKB kepada semua pegawai dan anggota IPD Ampang Jaya serta 200 kad kepada Persa­tuan Keluarga Polis (Perkep) yang memberikan manfaat kepada pemegangnya menikmati diskaun ketika berbelanja di pasar raya dan kedai terpilih.

“Malah kami juga telah menghulurkan sumbangan tiga water dispenser bersama bekalan air bagi kegunaan anggota serta pegawai di sini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penye­rahan kad POKB di Balai Polis Pandan Indah di sini.

Yang turut hadir Ketua Ja­batan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Datuk K. Kumaran; Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias serta kepemimpinan tertinggi IPD Ampang Jaya.

Dalam pada itu Kumaran dalam sidang akhbar berkata, usaha sama yang dilakukan oleh POKB merupakan perintis dalam membolehkan kesemua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bekerjasama rapat dengan PDRM.

Malah katanya, ini juga merupakan satu platform terbaik polis dalam mempromosikan Volunteer Smartphone Patrol (VSP) kepada NGO bagi tujuan menyalurkan maklumat kepada polis dalam mencegah jenayah.