MoHD. Nazri Mahmudi yang dirawat di Wad Barat 4, Hospital Sultanah
MOHD. NAZRI MAHMUDI yang dirawat di Wad Barat 4, Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru semalam.

Itu luahan Siti Fatimah Mohd. Nor, 39, ibu kepada Mohamed Shamizal Iqmal Abdullah, 16, yang dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas terlibat dalam kemalangan berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam di sini pada 18 Februari lalu.

Menurut Siti Fatimah, meskipun Mohd. Shamizal Iqmal telah dipindahkan ke wad nuerologi HSA semalam namun dia masih ber­ada dalam keadaan separuh koma.

“Keadaannya kini seolah-olah seperti bayi, walaupun dalam kea­daan sedar namun dia tidak memberikan sebarang tidak balas selain tidak mampu mengerakkan tubuh badan dan bercakap.

“Bagaimanapun, saya tidak tahu berapa lama keadaannya akan seperti itu. Saya reda dan terima segala ketentuan-Nya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Jasni Waris, 42, ibu kepada Mohd. Nazri Mahmudi, 13, ber­syukur anaknya telah ditempatkan ke wad biasa Sabtu lalu setelah bertarung nyawa di ICU sejak kejadian.

Menurutnya, anak kedua daripada empat beradik itu mengalami koma selama tiga hari sewaktu dirawat di ICU berikutan kecede­raan parah pada bahagian kepala dan tangan kanannya.

“Saya bersyukur kerana Mohd. Nazri selamat menjalani pembedahan membuang darah beku di kepalanya selain lehernya ditebuk berikutan menghadapi masalah pernafasan.

“Keadaannya kini sudah beransur pulih bagaimanapun saya masih tidak tahu sama ada dia dapat kembali pulih sepenuhnya se­perti dahulu atau me­ngalami kekurangan pada dirinya,” katanya.

Kemalangan me­nimpa kumpulan remaja yang berlaku pada 3 pagi itu menyebabkan lapan maut manakala lapan lagi cedera selepas basikal mereka dirempuh sebuah kereta di jalan tersebut.