AIMAN SUFIAN
AIMAN

Jurucakap ibadahqurban.org, Aiman Sufian berkata, bantuan tersebut amat diperlukan berikutan Chad tersenarai sebagai antara negara termiskin di dunia.

Menurutnya, bantuan akan dikumpulkan menerusi program Jawatankuasa Ibadah Korban Universiti Al-Madinah Antarabangsa (Mediu)-Chad.

“Faktor geografi menyebabkan Chad ketinggalan jauh dari sumber kesuburan bumi dan tidak mempunyai sebarang pesisiran laut telah menjadikannya menerima gelaran Jantung Mati Afrika.

“Penduduknya lebih 80 peratus beragama Islam,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Aiman menambah, pada 2016, Mediu mempelopori kerjasama menghantar bantuan kemanusiaan ke Chad melalui program ibadah korban, akikah dan bantuan makanan.

Katanya, pada tahun ini pihaknya sekali lagi menganjurkan program tersebut dan amat memerlukan sokongan daripada seluruh umat Islam bagi membantu meringankan beban dan penderitaan saudara seagama dari negara berkenaan.

“Program ini mendapat kerjasama Majlis Hal Ehwal Islam Chad,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi Izzuddin Helmy di talian 017-6177315. - UTUSAN ONLINE