ZURAIDA KAMARUDDIN

Menterinya, Zuraida Kama­ruddin (gambar) berkata, pe­laksanaan undang-undang itu bertujuan mendidik masyarakat mengenai kepentingan menjaga dan menghargai tempat awam selain menjimatkan kos penyelenggaraan dan baik pulih yang dikeluarkan oleh kerajaan.

“Vandalisme berla­ku di mana-mana di dunia dan setiap negara mempunyai cara yang tersendiri untuk membendung perla­ku­an itu.

“Biar mereka (pesalah) lakukan kerja-kerja khidmat masya­rakat seperti ber­sihkan tangga, cuci longkang dan menyapu sampah ke­rana ia satu bentuk tarbiah yang bermanfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Majlis Iftar dan Infaq Perdana Parlimen Ampang di Masjid Taman Kosas di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu katanya, pe­laksanaan peraturan itu akan dilakukan kerajaan melalui Dasar Komuniti Negara bagi mewujudkan masyarakat yang lebih menghargai harta benda awam dan bertanggungjawab.