Majlis `Reunion' Perdana EX-SSN yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mustafa Ibrahim itu mempertemukan mereka dalam suasana penuh nostalgik, sambil mengimbas detik bersama di sekolah yang mencorakkan kehidupan mereka kini.

Pengerusi penaja Persatuan Alumni Ex SSN, Wan Rusdi Wan Ismail berkata, program itu sebagai satu usaha untuk menubuhkan Persatuan Alumni SSN.

"Majlis ini berjaya menarik mereka termasuk yang bertugas di luar negara untuk pulang memberikan sokongan ke arah penubuhan persatuan di samping mengumpulkan dana bagi pembinaan surau dan mengisi tabung kebajikan pelajar,"ujarnya.

 Katanya, ramai bekas pelajar berjaya dalam pelbagai lapangan kehidupan termasuk teraju di pelbagai jabatan kerajaan dan swasta serta muncul sebagai usahawan.

 Sementara itu, Mustafa dalam ucapannya berkata, sesuai dengan sambutan Hari Guru tidak lama lagi, penganjuran majlis itu juga sebagai menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru yang mendidik mereka.

 Mustafa yang juga bekas pelajar sekolah itu berkata, usaha itu  amat baik kerana pada masa yang sama menjurus kepada menjaga kebajikan pelajar agar dapat terus belajar dengan sempurna tanpa sebarang kekangan.-UTUSAN ONLINE