Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hasil jualan Bihun Hadee bantu warga Matais

Hasil jualan Bihun Hadee bantu warga Matais
Shawal Akhbar Mohamed (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan bihun Hadee untuk kegunaan warga Matais sepanjang Ramadan di Pasir Mas hari ini.

PASIR MAS 17 Mei - Kumpulan Elham-Q akan mendermakan sebahagian hasil jualan produk keluarannya, bihun Hadee sepanjang bulan Ramadan ini bagi membantu pihak pengurusan Mahaad Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah (Matais) Mukim Lalang, Banggol Chicha.

Pengarah Urusanya, Shawal Akbar Mohamed berkata, sumbangan tersebut bagi menampung perbelanjaan pihak Matais membaikpulih kemudahan asrama pelajar yang terbakar hujung bulan lalu.

"Diharapkan sumbangan yang kami kutip nanti mampu memberikan kegembiraan kepada warga Matais dan ini adalah sebahagian daripada khidmat sosial syarikat.

"Alhamdulillah, hari ini kami menyerahkan sumbangan bihun Hadee, laksa kering dan air minuman untuk keperluan menjelang Ramadan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada warga Matais menjelang Ramadan di sini hari ini.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada wakil Matais, Abdullah Hamzah. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain