Ia turut dijadikan simbolik berakhirnya pendidikan awal sebelum melangkah alam persekolahan, dan mereka diraikan dalam majlis sebagai satu kenangan dalam perjalanan kehidupan dan rangsangan ke arah mencapai kejayaan.

Hari ini turut diadakan Majlis Graduasi dan Hari Kanak Kanak Tabika Perpaduan Daerah Besut dengan penyertaan hampir 200 kanak-kanak dari 10 buah tabika.

Dmeriahkan dengan pelbagai kegiatan termasuk persembahan tarian, nasyid, peragaan pakaian tradisional dan anugerah cemerlang untuk 10 kanak kanak dari setiap tabika.

Program berlangsung di Pusat Aktiviti Perpaduan Jabatan Perpaduan Negara dan integrasi Nasional (JPNIN) Kampung Raja, dan perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera, Mohd Mahdi Musa. - UTUSAN ONLINE