Pengarah Hal Ehwal Korporat GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., Roseta Mohd. Jaafar berkata, sumbangan itu diberi bagi membantu keluarga yang kurang bernasib baik menyediakan peralatan sekolah untuk anak-anak mereka.

“Setiap murid pasti ingin me­nyarung pakaian sekolah yang baharu pada hari pertama persekolahan mereka.

“Sehubungan itu, Giant me­ngambil peluang ini untuk membantu anak-anak yang kurang bernasib baik ini,” katanya dalam Program Big Bike Charity Ride bersama Kementerian Perdaga­ngan Dalam Negeri koperasi dan Kepenggunaan di Pasar Raya Giant Kuala Selangor, baru-baru ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., Pirre Olivier Deplanck dan 20 peserta Big Hearted Giants iaitu sukarelawan Giant terdiri da­ripada warga pekerja pasar raya itu.

Murid Sekolah Kebangsaan Bandar Baru, Kuala Selangor dan beberapa sekolah lain antara penerima bantuan persekolahan tersebut.

Program kembali Ke Sekolah Bersama Giant yang dianjurkan setiap tahun membantu seramai 300 hingga 500 murid di seluruh negara dan antara barang yang disumbangkan termasuk baju, beg, kasut serta alat tulis.