Kehadiran mereka sebahagian daripada program amal ‘Smiles 4 Cakne’ anjuran Rapid Rail Sdn. Bhd. bersama Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mengutip sumbangan orang ramai melalui kutipan tabung yang digerakkan.

Bermula daripada stesen LRT USJ 7, Kelana Jaya di sini, kesemua badut menaiki tren dan singgah ke semua stesen di sepanjang Laluan Kelana Jaya sebelum menyantuni pengunjung di stesen LRT KL Sentral di sini. - UTUSAN ONLINE