Kehilangan Norazira Sani, 17, disedari oleh ibunya Leha Jali, 41, kira-kira pukul 10 malam Rabu lalu selepas bilik anak ketiga daripada lima beradik itu didapati kosong.

Leha berkata, anaknya itu dilihat berubah sikap sejak sebulan lalu apabila kerap bermain telefon bimbit dan suka berahsia.

Katanya, pada waktu petang sebelum kejadian, anaknya itu dilihat sentiasa keresahan.

“Kami sekeluarga syak dia mengikut kenalan lelakinya seorang warga Indonesia.

“Saya mendapat tahu dia sering berhubungan dan berjumpa secara sembunyi dengan lelaki Indonesia itu. Namun, saya tidak tahu lelaki itu tinggal di kawasan mana,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Leha berkata, Norazira pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Raja, Cameron Highlands, Pahang sehingga tingkatan tiga.

Tambahnya, mereka belum membuat laporan polis, namun masih berusaha mengesan anaknya dengan bantuan penduduk kampung di sekitar Tanah Tinggi Lojing, Cameron Highlands dan Ipoh, Perak.

Katanya, ketika ini, suaminya, Sani Along, 42, telah ke Ipoh bagi mencari anak gadisnya.

“Saya berharap Norazira segera balik ke pangkuan keluarga secepatnya.

“Kami begitu bimbang tentang keselamatannya dan akan membuat laporan polis sekiranya dia tidak pulang dalam waktu terdekat,” katanya anaknya itu.

seorang penganggur kerana tidak bekerja.

Orang ramai yang ternampak Norazira diminta segera menghubungi ahli keluarganya di talian 010-9053878.