Abd. Mutalib Ishak
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Abd. Mutalib Ishak boleh menghubungi Norizza di talian 010-4480097.

Norrizza Abd. Mutalib, 24, berkata, bapanya, Abd. Mutalib Ishak kini di­percayai berusia dalam lingkungan 51 tahun kerana ketika menghilangkan diri sewaktu masih bayi lagi.

Menurut Norizza, usa­ha mencari bapanya yang be­kerja sebagai pengemas bilik, di sini kira-kira 20 tahun lalu itu, dilakukannya untuk mencari wali bagi menikahkannya pada 13 Oktober depan.

"Bapa saya menghilangkan diri secara tiba-tiba dan saya juga tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai keluarga sebelah bapa yang dikatakan berasal dari Teluk Intan, Perak.

"Hasil semakan di Jabatan Pendaftaran Negara di Kuala Lumpur mendapati bapa saya alamat kad pengenalannya yang terbaharu beralamat di Keramat, namun saya masih gagal menemuinya di alamat tersebut," katanya yang ditemui semasa mengunjungi pejabat UTUSAN ONLINE di sini semalam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Abd. Mutalib Ishak (gambar) boleh meng­hubungi Norizza di talian 010-4480097. - UTUSAN ONLINE