NUR HAFIZAH MOHAMED
NUR HAFIZAH MOHAMED

Nur Hafizah Mohamed, 24, beralamat No.37, Jalan Setia 4, Taman Johan Setia, Klang, Selangor berkata, pencarian tersebut penting memandangkan bapanya, Mohamed Seman yang kini dipercayai berusia dalam lingkungan 60an telah 23 tahun menghilangkan diri.

Katanya, selepas menghilangkan diri, bapanya telah berkahwin dengan seorang wanita dari Perak dan selepas itu tidak mendengar khabar berita tentangnya lagi.

“Kali terakhir saya berjumpa dengannya pada 8 Disember 1994 ketika berusia setahun. Saya juga tidak mempunyai gambar ayah serta tidak mengenali saudara mara sebelah bapa yang berasal dari Machang, Kelantan.

“Semakan di Pejabat Pendaftaran Negara di Shah Alam mendapati tiada rekod mengenai kematian bapa saya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Orang yang mempunyai maklumat mengenai Mohamed Seman boleh menghubungi Nur Hafizah di talian 019-339 5941. - UTUSAN ONLINE