Penerima sumbangan tersebut terdiri daripada murid Sekolah Kebangsaan Othman Talib 1, Tendong, Pasir Mas dan penghuni Rumah Seri Kenangan, Pengkalan Chepa dekat sini.

Kesemua mereka turut menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri berupa wang tunai dan hamper.

Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan Pengerusi pasar raya tersebut, Datuk Mohamad Rozali Isohak dan turut hadir Pengurus Besarnya, Raymond serta Pengurus Jualanya, Derapi Mahmood.

Pada masa yang sama program itu diserikan dengan persembahan nasyid dari murid dan tazkirah oleh Imam Masjid Muhammadi Kota Bharu, Rosli Che Soh. - UTUSAN ONLINE