Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Eow Jin derita penyakit Alzheimer

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Siapa sangka komposer veteran terkenal, Datuk Ooi Eow Jin kini terpaksa menghabiskan usia tuanya di rumah ihsan pemberian sebuah gereja.

Ooi Eow Jin dan isteri, Khaw Lean Kee.

Berumur 77 tahun, Eow Jin bukan nama asing dalam industri muzik negara kerana pernah berkhidmat dengan dua stesen penyiaran negara.

Dia kini bukan sahaja semakin dilupakan tetapi juga terhimpit dengan masalah kewangan yang serius.

Namun menyedari keadaan komposer terkenal itu, Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail berkata, pihaknya akan menganjurkan Konsert Orkestra RTM Lagu Untukmu Ooi Eow Jin di Angkasapuri pada 15 Disember ini dengan harapan akan dapat meraih dana untuk membantu kehidupan Eow Jin.

“Keadaan beliau sangat menyedihkan. penyakit Alzheimer yang dihidapnya menyebabkan dia tidak boleh bekerja dan beban itu terpaksa diambil alih isterinya, Datin Khaw Lean Kee.

“Isterinya kini bekerja di gereja memandangkan rumah yang disewakan itu atas ihsan gereja tersebut. Namun yang pasti kehidupan mereka sekeluarga sangat daif,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Dengan bentuk fizikal yang lebih kurus kini, Eow Jin yang juga pencipta lagu Gerimis Di Lautan nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman, difahamkan terpaksa menghabiskan wang simpanannya sebelum ini untuk mengubati penyakit dua anaknya.

“Duit simpanannya banyak dihabiskan untuk merawat penyakit dua anak lelakinya. Anak keduanya, Ronnie sudah meninggal kerana leukemia manakala anak pertamanya Raymond, masih ada tetapi kini menderita penyakit barah otak,” jelasnya.

Tambah Mokhzani, setakat ini dia sudah memilih 15 lagu ciptaan Eow Jin yang akan dinyanyikan pada malam konsert itu nanti. Memilih gabungan penyanyi baharu dan lama, dia yakin konsert tersebut akan menerima sambutan yang baik.

“Konsert ini akan diadakan secara percuma, sebab itu kami bekerjasama dengan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) untuk mencari dana bagi meringankan beban Eow Jin,” katanya.

Sementara itu, antara kesan yang dapat dilihat melalui penyakitnya, Eow Jin sudah tidak mampu lagi bertutur dengan baik.

Dia yang turut hadir dalam sidang akhbar itu sempat berkongsi sedikit pengalamannya dalam bidang muzik setelah berkali-kali ditanya oleh pihak media.

Beliau yang pernah berkongsi pentas dengan seniman negara P.Ramlee memberitahu, hobi dan minat terhadap muzik menyebabkan dia setia dengan bidang tersebut sehingga kini.

“Di awal pembabitan, ada yang bertanya kenapa saya pilih muzik. Saya jelaskan ini hobi, dan tidak akan pernah bosan untuk meneruskannya,” katanya dalam keadaan yang agak sukar untuk bertutur.

Memulakan langkah sebagai pemain muzik, Eow Jin menyertai Orkestra RTM pada 1963. Bagaimanapun selepas 20 tahun, beliau diterima sebagai pengarah muzik di TV3 dan berkhidmat selama 13 tahun.

Beliau juga pernah berkhidmat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Beberapa tahun lalu Ooi dilihat aktif menjadi pemain piano di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, namun akibat penyakit Alzheimer dia terpaksa melupakan terus kariernya dalam bidang muzik untuk berehat.

Selain Sudirman, antara penyanyi lain yang pernah mendapat khidmat Eow Jin sebagai komposer ialah Dahlan Zainudin, Datuk M. Nasir, Rahimah Rahim dan Rafeah Buang.

Video Pilihan
Artikel Lain