Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, pelantikan tersebut bagi menyokong perjalanan Siti Nuraisyah atau dikenali dengan panggilan Ecah sebagai atlet dalam Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo.


“Kita sedang dalam perbincangan bersama keluarganya untuk meletakkan gambarnya pada produk yang bakal dikeluarkan oleh Muslim Best.


“Justeru kita akan fokus kepada tiga produk iaitu mi segera, kerepek ubi kayu serta air minuman dan dijangka akan dikeluarkan pada Mac akan datang,” katanya semasa membawa remaja itu melawat kilang Muslim Best dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE