Pegawai Perhubungan Awam DBKU, Norhayati Bidin berkata, bayaran menerusi tawaran bulan diskaun itu boleh dibuat di kaunter DBKU semasa Majlis Agenda DBKU diadakan di Square Tower, Tebingan Kuching di sini.

Selain Square Tower, beliau berkata, bayaran juga boleh dibuat di kaunter DBKU Satok, kaunter bergerak DBKU di sekitar bandar raya ini mengikut lokasi ditentukan dan Medan Niaga Satok pada setiap hujung minggu.

“Kadar diskaun diberikan adalah 50 peratus mulai 26 Januari hingga 11 Februari depan, diikuti 30 peratus (12 hingga 18 Februari) dan 20 peratus (19 hingga 25 Februari).

“Jadi, jangan lepaskan tawaran ini kerana diskaun tersebut memudahkan warga bandar raya ini untuk membuat bayaran tunggakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Norhayati berkata, untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Ainei Ramelan atau Teresa Punjab di Bahagian Pembangunan Perniagaan DBKU menerusi talian 082 -416 975. - UTUSAN ONLINE