Walaupun rata-rata daripada kita memperoleh bekalan air yang mencukupi di zaman moden ini, namun masih ada lagi rakyat Malaysia yang menghadapi kesukaran bagi mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan mereka setiap hari.

 

“HAPPY WATER PROJECT”

Atas keprihatinan terhadap kepentingan air sebagai keperluan utama, Coway Malaysia sangat berbesar hati melancarkan “Happy Water Project” demi melunaskan tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility – CSR) terhadap rakyat Malaysia. Projek ini bertujuan membekalkan air yang berkualiti, bersih dan selamat khusus buat mereka yang kurang bernasib baik untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Sebagai pakar dan pembekal kepada gaya hidup sihat yang berwibawa selama 28 tahun, Coway Malaysia menyasarkan untuk membantu seramai 1000 orang asli di Malaysia yang tidak mendapat bekalan air bersih yang mencukupi, dengan menyalurkan sumber bekalan air bersih kepada mereka dalam tempoh 5 tahun melalui “Happy Water Project” ini.

PROJEK PERINTIS COWAY DI KAMPUNG SUNGAI TIANG, CAMERON HIGHLANDS

PROJEK PERINTIS DI KAMPUNG SUNGAI TIANG, CAMERON HIGHLANDS

Dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), projek perintis pertama yang sedang dilaksanakan buat masa ini melibatkan lebih 327 penduduk dari 73 buah keluarga Orang Asli yang tinggal di kawasan terpencil iaitu Kampung Sungai Tiang, Cameron Highlands.

Kadar penggunaan air yang sangat tinggi melalui projek-projek perladangan berhampiran serta kekurangan sistem perpaipan secara terus di kampung ini menyebabkan para penduduk menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sumber air bersih.

Perkembangan terkini berkenaan “Happy Water Project” ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui laman Facebook Coway Malaysia dan laman sesawang rasmi Coway Malaysia.

PENAPIS AIR COWAY PILIHAN TERBAIK

Melalui Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Coway yang terbesar di dunia dengan sejumlah 370 orang penyelidik bertaraf dunia, teknologi yang serba canggih telah dicipta bagi memastikan penapis air jenama Coway ini adalah selamat dan bersih untuk digunakan dalam kehidupan seharian serta menghasilkan rasa yang terbaik untuk diminum.

Dengan sasaran untuk memberikan kualiti terbaik kepada pengguna, setiap penapis air perlu menjalani 1 juta ujian sebelum ianya sampai ke tangan pengguna.

Dengan harga sewaan mampu milik bermula serendah RM70.00 sahaja sebulan, Penapis Air Coway ini semestinya cukup istimewa untuk dimiliki kerana pengguna akan memperoleh :-

  • Servis PERCUMA setiap 2 bulan selama 5 tahun, termasuk jaminan produk (warranty)

 

COWAY JENAMA YANG DIYAKINI

Dengan gelaran The Water SpecialistTM, Syarikat Coway menjadi peneraju utama dan dikenali sebagai Jenama Penapis Air Nombor 1 pilihan rakyat Malaysia dan Korea.

Melalui pelbagai anugerah dan pengiktirafan yang diterima daripada banyak pihak, beserta statistik sejumlah 6 juta rumah di seluruh dunia yang sudah memiliki Penapis Air Coway, ia menjadi bukti bahawa Penapis Air Coway ini merupakan jenama yang diyakini ramai.

BUAT PILIHAN YANG TEPAT DEMI KEBAIKAN BERTERUSAN

Sebagai syarikat pengeluar penapis air pertama yang melaksanakan tangunggjawab sosial korporat untuk tempoh jangka masa panjang sebegini di Malaysia, diharap ianya dapat mengekalkan imej positif Syarikat Coway sekaligus membuka mata masyarakat terhadap kepentingan penggunaan air yang berkualiti dalam kehidupan seharian.

Coway Malaysia sangat menitikberatkan pengambilan air yang bersih, selamat dan berkualiti demi kesihatan rakyat Malaysia ke arah mengecapi kehidupan bermutu tinggi. Coway Malaysia menjanjikan segala yang terbaik buat semua pengguna yang memiliki Penapis Air Coway ini.

Ayuh tunaikan tanggungjawab anda, buat pilihan yang tepat demi memperoleh kebaikan berterusan buat insan-insan yang dicintai.

Coway Malaysia, kami prihatin.