Seorang kanak-kanak lelaki dari Kampung Panggong, dekat sini, terpaksa mendapatkan kepakaran dan perkhidmatan pasukan bomba untuk membuang sebentuk cicin yang mengetat dijarinya.

Muhammad Shariza Al-Akiq Mohammad Azri, 6, yang berasal dari Kampung Panggong, dekat sini, menyarung cincin yang bersaiz kecil pada jari manisnya sejak awal pagi tadi sehingga menyebabkan jari tangan kanannya itu membengkak.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.51 pagi dan bergegas ke rumah mangsa bersama lima anggota yang lain.

Menurut Azhar Elmi, mangsa dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh oleh keluarganya untuk tindakan lanjut.

“Anggota bertugas memulakan kerja-kerja memotong cicin yang terlekat di jari mangsa dengan menggunakan alat pemotong cincin.

“Dalam tempoh 10 minit cincin tersebut berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba yg bertugas yang diketuai saya sendiri,” katanya. - UTUSAN ONLINE